Jumaat, 10 Julai 2009

Takaful dan kepentingannya

Salam kawan2..
Pernahkah anda mendegar institusi Takaful dan bagaimana ia beroperasi dan apakah kepentingannya kepada kita? Sebenarnya konsep takaful ini merujuk kepada bantuan yang disalurkan kepada seseorang yang memerlukan pertolongan menerusi perkongsian sumber kewangan atau harta yang telah disumbangkan oleh setiap individu di kawasan tersebut. Ia menyamai konsep khairat kematian yang telah lama wujud dalam masyrakat Islam seluruh dunia. Kini konsep Takaful telah di komersialkan dengan memasukkan elemen2 pelaburan yang menjanjikan pulangan besar terhadap tabung Takaful yang disumbangkan oleh setiap ahli dan seterusnya simpanan setiap peserta yang terlibat.

Apakah kepentingan Takaful terhadap kita?? Sebenarnya ia adalah sangat2 penting kepada kita bukan sahaja sebagai sumber untuk menguruskan kematian kita, tetapi ia menjadi bekalan kepada waris2 kita untuk meneruskan kehidupan mereka selepas kehilangan sumber nafkah buat selama-lamanya selepas ketiadaan kita. Ini seterusnya menyelamatkan mereka daripada kemiskinan dan pergaduhan akibat kehidupan yang tersepit dan penuh dengan hutang. Selain itu kini, industri takaful telah bergerak kehadapan dengan menyediakan perkhidmatan bantuan kewangan kepada individu yang sakit untuk mendapatkan rawatan dengan percuma di mana2 hospital yang berdaftar dengan pengendali takaful itu sendiri, bantuan kewangan untuk peserta yang terlibat dalam kemalangan untuk menjalani rawatan pemulihan dan pampasan kepada peserta yang cacat akibat kemalangan yang berlaku agar mereka dapat merancang kehidupan mereka untuk berdikari selepas kehilangan fungsi anggota tubuh mereka.

Dalam blog yang akan datang, saya akan memberi penjelasan tentang perkhidmatan takaful yang disediakan oleh syarikat PruBSN dalam membantu seseorang untuk merancang simpanan mereka untuk masa depan di samping memperoleh keuntungan yang besar berasaskan peningkatan pulangan pelaburan mereka.

Terima Kaseh....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan